Pelakon terkenal iaitu Dato Fizz Fairuz baru-baru ini mendedahkan bahawa beliau bakal menumbangkan sebanyak tujuk ekor lembu sempena ibadah korban di Hari Raya Aidiladha ini.
Niat Mahu Dapat 7 Orang Anak, Jadi Mahu Korban 7 Ekor Lembu
Menurut sumber OhBulan! Fizz Fairuz memberitahu tujuh ekor lembu yang mahu dikorban itu adalah tanda kepada niatnya untuk memiliki tujuh orang cahaya mata, dan beliau juga menyatakan hari raya korban pada tahun ini disambut sedikit meriah berbanding pada tahun-tahun yang lalu.
“Untuk Hari Raya Aidiladha kali ini saya tidak balik ke kampung kerana emak saya ada di sini dan kami sekeluarga akan menyembelih tujuh ekor lembu di sini”, katanya.
“Kami korbankan tujuh ekor lembu kerana saya mahukan tujuh orang anak, jadi kita sembelih lembu dulu. Emak saya mempunyai sembilan orang anak tapi saya mahukan tujuh orang, InsyaAllah”, tambahnya lagi.
Fizz Fairuz Dedah Isteri Yang Paling Banyak Berkorban Untuk Keluarga
“Pengorbanan seorang ibu buat anak-anak yang saya maksudkan itu adalah pengorbanan Almy pada anak-anaknya. Dia sanggup melakukan apa saja demi menuntut tanggungjawab sebagai seorang ibu. Jujur saya terharu melihat apa yang dikorbankan selama ini”.
“Kalau anda duduk serumah dengan saya, anda boleh lihat bagaimana dia berkorban setiap hari. Banyaklah pengorbanan yang dilakukan”, jelas Fizz Fairuz yang terharu melihat kehebatan Almy Nadia sebagai seorang ibu.
Keluarga bahagia itu dikurniakan empat orang cahaya mata perempuan termasuk seorang anak angkat setelah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2004 lagi.
Kredit: OhBulan!