fbpx

Penampilan baharu seorang pelawak terkenal yang dikenali sebagai Man Raja Lawak telah meraih perhatian ramai apabila beliau kelihatan semakin kurus dan sado selepas berjaya menurunkan berat badan.

Kawal Pemakanan

Semasa Man ditemu bual media, difahamkan beliau tidak pernah melakukan sebarang pembedahan untuk menurunkan berat badan. Sebaliknya beliau mengakui lebih selesa untuk melakukan senaman dan mengawal pemakanan berbanding memilih jalan pintas untuk tampak kurus.

“Dalam satu hari saya akan mengambil kira-kira sejam atau dua jam untuk berjalan pada waktu pagi dan petang. Selain bersenam saya juga mengambil produk kesihatan untuk mengawal selera makan sahaja.

“Bagi saya untuk menurunkan berat badan bukannya perkara yang mudah dan cara saya menurunkan berat badan adalah secara asli bukan membuat pembedahan. Ada juga segelintir netizen mendakwa saya menghidap kencing manis namun perkara itu adalah tidak benar kerana saya menurunkan berat badan atas faktor menjaga kesihatan serta penampilan diri,” katanya.

Berjaya Turunkan 30 KG Dalam Masa 5 Bulan

Tambah Man, beliau memaklumkan proses untuk mendapatkan tubuh badan yang kurus dan berotot itu memakan masa sehingga lima bulan. Katanya, sepanjang tiga bulan beliau hanya berjalan kaki dengan menggunakan teknik pernafasan yang betul, dan kemudian beliau mula melakukan senaman angkat berat di gim selama dua bulan untuk mendapatkan tubuh badan berotot.

“Kalau macam saya hari-hari ke gim saya main ikut bahagian badan, kalau harini saya fokus bahu esok saya tukar bahagian lain. Tapi perut memang selalu buat. Kalau cerita bahagian perut ni saya banggalah sebab sebelum ini besar, pakai saiz 41 sekarang 28.

“Setiap saya lakukan ni ada proses dan kena istiqamah dalam bersenam dan jaga pemakanan,” ujarnya lagi yang berkongsi rutin hariannya di gim sehingga berjaya menurunkan berat badan daripada 95 kilogram kepada 65 kilogram.

Kredit: Harian Metro, mStar

[fbcomments]