Usahwan muda Khairul Aming sememangnya menjadi inspirasi ramai apabila berjaya dalam perniagaan Sambal Nyet selain dikenali sebagai seseorang yang menitikberatkan kebajikan pekerjanya.

Terbaru, Khairul Aming difahamkan telah menutup kilang selama 5 hari dan membawa kesemua 60 orang stafnya menaiki ‘private yacht’ semasa bercuti di Langkawi.

Khairul Amin telah membawa pekerjanya bercuti di hotel 5 bintang selain membawa stafnya menaiki kapal persiaran peribadi itu bagi melihat matahari terbenam. Selain itu, Aming juga telah menyediakan aktiviti seperti bermain jetski, explore cave, snorkelling dan banyak lagi untuk pekerjanya.

Lebih mengejutkan, Khairul Aming juga bertindak membelanja mereka di sana untuk membeli belah.

Menjengah ruangan komen, ramai yang memuji tindakan lelaki itu yang dianggap melanggar ‘hukum majikan’.

Tidak kurang juga ramai yang ingin memohon kerja dengan pempengaruh itu.

Sebelum ini usahawan berasal dari Kelantan itu juga pernah memberi duit raya atau bonus berkepuk kepada pekerjanya.

Sumber: Instagram khairulaming

[fbcomments]