fbpx

Pelakon kacak, Sharnaaz Ahmad tidak terkecuali dalam menzahirkan kata-kata penghargaan buat ibu dan bekas isterinya, Noor Nabila, sempena sambutan hari ibu.

Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38 memuat naik gambar ibunya dan juga Nabila di Instagramnya pada Ahad disertakan kapsyen yang menyentuh hati.

Kata Sharnaaz, kehadiran dua wanita tersebut memberi impak yang besar dalam hidupnya.

“Dua wanita ini memberi kesan dan hadiah yang sangat besar dalam hidup saya, terima kasih banyak-banyak mama dan mummy Nabila. 
“Tanpa kalian berdua, saya tak akan berada disini. Terima kasih mama dan mummy Nabila, selamat hari ibu dan kepada semua ibu di luar sana, kami sayangkan anda!” ujarnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ruangan komen, ramai yang memuji sikap yang ditunjukkan Sharnaaz tersebut yang menjaga hubungan baik dengan isterinya meskipun telah lama berpisah.

Sekadar info, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan bercerai pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Jebat Jaydan.

[fbcomments]