Setelah mendapat nasihat daripada pihak pakar perubatan, pendakwah bebas terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dimasukkan semula ke sebuah hospital swasta.
Perkara itu disahkan oleh abang beliau, Datuk Mohd Najmuddin Elias Al-Hafiz. Menurut Najmuddin, adiknya dimasukkan ke wad bagi lebih memudahkan pihak hospital mengenal pasti punca kesakitan yang beliau alami.
“Proses MRI dan skop telah selesai dijalankan, masih menunggu keputusannya, apa pun keadaannya agak baik sikit dari sebelum ini… Biarlah beliau berehat sementara kerana doktor mengatakan beliau kurang rehat.”
Sakit perut,pinggang dan belakang badan
Ustaz telah dimasukkan ke dalam wad di sebuah hospital swasta di Ipoh selepas mengadu sakit perut, pinggang dan bahagian belakang badannya.
Difahamkan sebelum ini, beliau menghadapi masalah tidak boleh tidur lebih daripada 2 bulan. Namun semenjak 2 minggu ini kesihatan beliau semakin tidak stabil sehinggalah dikejarkan ke wad kecemasan.
Bersama-sama kita doakan kesihatan beliau kembali seperti sedia kala.