Baru-baru ini, seorang penggiat seni telah mengemukan cadangan agar pihak kerajaan mempertimbangkan suntikan vaksin diberikan terlebih dahulu buat golongan selebriti.
Susulan daripada itu, pengarah dan penerbit terkenal iaitu Michael Ang telah membuka mulut memberi pendapat mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh penggiat seni terbabit.
Michel Ang menerusi akaun Instagram miliknya ada memuat naik screenshot tajuk artikel daripada satu portal tempatan yang menceritakan kenyataan individu terbabit berhubung cadangannya tentang isu vaksin.
Dalam artikel tersebut, individu berkenaan berpendapat alangkah baiknya jika pihak kerajaan menggunakan pengaruh penggiat seni untuk menyebarkan tentang pengetahuan dan kebaikan vaksin Covid-19 selain mencadangkan agar golongan selebriti diberikan suntikan vaksin lebih awal.
Namun Michael Ang nampaknya kurang bersetuju dengan cadangan yang diberikan. Menurut Michael, golongan pelajar, pekerja di pasar dan di pusat membeli belah jauh lebih memerlukan vaksin daripada golongan selebriti. Tidak perlulah memotong giliran semata-mata mahu mendapatkan suntikan vaksin.
Kita artist ni sabar aje la buat covid test tu! Artist kan setiap kali kena cucuk dapat duit sebab ada show baru kena cucuk kan so bertabah la tak payah la nak mintak potong que! Btw Kalau tak dapat vaksin pun artist Malaysia akan tetap guna pengaruh kita untuk suruh rakyat cepat-cepat ambik vaksin tu! That is what a Malaysian should do! Kita tolong kita selamat gitewwwww!
Menjengah ke ruangan komen, ada dalam kalangan selebriti dan netizen bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh Michael Ang. Menurut mereka, vaksin perlu diberikan kepada golongan lebih memerlukan seperti pemandu bas sekolah, guru-guru, pemandu pengangkutan awam dan sebagainya. Mereka turut memuji sikap dan pendapat Michael yang lebih matang apabila berbicara.
Sumber: Michael Ang