fbpx

Kedua-dua anak yatim ini dikurniakan kehebatan yang luar biasa dimana mereka mampu menghafal ayat-ayat Al-Quran dan terjemahannya. Sehingga diberi gelaran ‘Google Al-Quran’. Mereka menuntut ilmu dari Sekolah Berasrama Islam Muttaqin di Yogyakarta, Indonesia.

Mereka berdua mempunyai ciri-ciri luar biasa, mereka dapat mengetahui setiap ayat dalam Al-Quran. Ahmad dan Kamil dapat menghafal setiap halaman dan urutan dalam Al-Quran dengan baik.

Ketika mereka baru berusia 11 tahun, mereka telah memenangi banyak pertandingan menghafal Al-Quran, baik di peringkat nasional dan antarabangsa. Ahmad dan Kamil telah menghafal 30 juzuk dalam Al-Quran serta terjemahannya.

Menariknya, mereka juga telah menghafal terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.

Lebih menarik, bukan hanya pandai menghafal Al-Quran, mereka juga menghafal nombor ayat, nombor halaman al-Quran dan juga susunan baris yang dibaca.

[fbcomments]