fbpx

Siapa yang tak kenal dengan pengacara Azwan Ali atau lebih senang disapa Diva AA yang sering mengundang pelbagai kecaman daripada warganet kerana mulutnya yang lancang.

Terkini menurut laporan Astro Awani, pihak polis ada mengesahkan yang pengacara tersebut telah dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan penularan sebuah klip video baru-baru ini.

Difahamkan siasatan itu dijalankan kerana pengacara tersebut dipercayai telah memperlekehkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Yang di-pertuan Agong.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan terhadap klip video tersebut.

Rakaman yang berdurasi 41 saat itu telah ditularkan oleh pemilik akaun Facebook Zai Mikail pada 12 Januari 2021.

[fbcomments]