Tertekan dengan prestasi kereta yang asyik-asyik rosak, seorang lelaki dari Moscow nekad membakar kereta miliknya jenis Mercedes-AME G63.

Difahamkan kereta yang dibeli dengan harga 13 juta rubel (kira-kira RM696,000) itu sering sahaja rosak meskipun baru digunakan pada jarak 15,000 kilometer.
Pemilik kereta tersebut yang juga merupakan seorang vlogger telah merakam tindakannya membakar kereta mewah berkenaan menerusi laman YouTube miliknya.
Menurut pemilik tersebut, dia terlebih dahulu telah merujuk keretanya kepada pengedar kerana sering rosak, namun pengedar enggan bertanggungjawab atas kerosakkan itu, sehingga dia terpaksa hantar keretanya tu di bengkel lain.
Dia turut mengakui dah bosan dan bengang kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak berulang kali hanya untuk menampung kos membaik pulih. Oleh itu, dia tekad nak memusnahkan Mercedes-AMG G63 miliknya itu dengan membakarnya dengan harapan akan menarik perhatian ramai.

