Jika dahulu, apabila dimarahi guru disekolah kita takut hendak mengadu sebab memang selalunya salah kita. Tapi, senario sekarang sudah berubah, guru pula yang kena marah dengan ibu bapa jika mendenda anak murid.

Menyedihkan apabila seorang ustazah sebuah sekolah agama dipaksa merangkak dalam kelas oleh wanita dipercayai ibu kepada seorang murid.

Ibu suruh cikgu merangkak

Terbaru, tular sebuah video di mana seorang guru telah dihukum merangkak oleh seorang wanita yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut gara-gara telah menghukum anaknya baru-baru ini.

Menerusi rakaman berkenaan, kedengaran suara seorang wanita dipercayai ibu murid menerjah masuk ke dalam kelas untuk bertemu dengan ustazah terbabit.

Tanpa diketahui sebabnya, ustazah berkenaan tidak menunggu lama sebaliknya terus mengajak beberapa anak muridnya yang lain untuk mengikutnya merangkak. Kejadian itu disaksikan murid dan seorang lagi ustazah dalam kelas berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan itu dipersoalkan wanita berkenaan yang seolah-olah tidak berpuas hati kerana ustazah terbabit mengajak beberapa murid lain merangkak sama.

Kejadian berlaku di sekolah agama

Ibu suruh ustazah merangkak depan murid akibat bengang anaknya didenda sebegitu.Kalau Awang dulu, beritahu dengan mak kena denda dekat sekolah, balik tu confirm kena sedas lagi dengan mak! Tapi mak2 sekarang lain macam!

Posted by Bawang Rangers on Isnin, 24 Februari 2020

Tiada maklumat terperinci mengenai lokasi sekolah berkenaan tetapi rakaman tersebar jelas menunjukkan kejadian berlaku di sebuah sekolah agama berdasarkan pakaian murid di dalam video berkenaan.

[fbcomments]