Telah tular satu video lelaki mengamuk dengan parang. Ada yang mengatakan lelaki India tersebut menagamuk kerana tanahnya ingin dirampas oleh lelaki-lelaki Melayu ini.

Tapi apa yang terjadi sebenarnya ialah…

Ditetak ketika sedang makan

Seorang lelaki cedera di belakang badan selepas ditetak lelaki dipercayai kurang siuman di sebuah kedai makan di Taman Sri Tanjung.

Kejadian berlaku 3.30 petang ketika mangsa dan tiga rakannya sedang makan di kedai makan berkenaan sebelum dihampiri suspek. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, suspek berusia 63 tahun itu kemudian melibas parang ke arah belakang badan lelaki terbabit menyebabkan mangsa mengalami luka.

Beberapa rakan mangsa terus mengejar suspek sebelum berjaya menahannya. Ketika tangkapan itu dilakukan, berlaku pergelutan yang menyebabkan suspek turut tercedera.

2 parang panjang dan satu pisau

Pihak polis turut merampas dua parang panjang dan satu pisau daripada suspek sebelum suspek dibawa ke Hospital Kajang untuk menerima rawatan.

Siasatan awal mendapati suspek pernah menerima rawatan psikiatrik di Hospital Ulu Kinta, Perak.

Mempunyai dua rekod jenayah

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang itu lagi, suspek mempunyai rekod jenayah.

Semakan juga mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah. Suspek direman sehingga 10 Oktober ini untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

[fbcomments]