fbpx

Waktu pagi sememangnya situasi yang agak kalut apabila masing-masing berpusu dijalan bagi memulakan tugas harian. Kenderaan juga pastinya bersimpang siur di jalan raya dan kesesakan lalu lintas sudah tentu berlaku.

Jadi, sikap sabar haruslah lebih diutamakan agar tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Tunjuk lagak

Namun begitu, ada juga yang tidak berjaya mengawal amarah.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, dia telah memuat naik satu video mengenai sikap menunggang motosikal yang memukul penunggang motosikal yang lain disebabkan salah faham dijalan.

Kau dah langgar right of way kawan tu, kau ajak dia gaduh, kau tolak dia sampai anak bini dia jatuh moto. Kau tengok…

Posted by Mohd Kamal on Selasa, 7 Julai 2020

Anak isteri kena tolak sampai jatuh

Menerusi maklumat, penunggang motsikal tersebut yang membawa seorang jururawat telah menolak satu motosikal lain sehingga penumpangnya yang merupakan seorang kanak-kanak dan wanita dewasa turut terjatuh dari motosikal.

Dalam kenyataan tersebut juga, dia ingin melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa kerana kejadian tersebut berlaku dalam kawasan Masjid Khalid al Walid MINDEF.


[fbcomments]