Zaman sekarang ini masih ada lagi ke yang simpan duit dalam tabung ya? Kebanyakan golongan berumur sahaja yang suka menyimpan wang mereka di dalam bekas tin Milo, tin biskut dan sebagainya berbanding memilih untuk menyimpan di dalam bank, betul tak?
Samalah ceritanya dengan seorang nenek ini dimana dia telah menyimpan wangnya di dalam bekas tin minuman Milo di rumahnya sebanyak RM230,000!
Tapi apa yang seidhnya ialah, nenek itu dikatakan mengalami kerugian apabila duit yang disimpannya itu telah dimakan dek anai-anai.
Di dalam video jelas menunjukkan terdapap timbunan wang bernilai RM100 yang hancur dikerjakan oleh serangga tersebut.
Semua wang yang saya ambil di sini mempunyai masalah. Terdapat RM10,000 dalam satu timbunan, dan ada 23 timbunan. Jadi total timbunan adalah RM230,000.