fbpx

Usahawan sensasi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat berdepan detik cemas apabila hampir diperkosa oleh seorang lelaki di premis perniagaan miliknya pada 17 Februari lalu.

Usahawan berusia 38 tahun itu menceritakan perkara itu di siaran langsung miliknya dan telah dikongsi semula oleh Jesica Zaman di laman Facebook.

Suspek tersebut merupakan pelanggan di premisnya yang menyediakan rawatan kecantikan seperti waxing atau membuang bulu pada bahagian tubuh badan.

Suspek yang berbangsa Arab telah bertindak menyerang usahawan berkenaan ketika dia bersendirian di premis pada hari kejadian iaitu 17 Februari.

Sajat memaklumkan perkara tersebut telah dibawa ke pihak berkuasa.

Ia dah jadi kes polis. Jadi sekarang ni saya dapat pertolongan daripada agensi yang memberi bantuan terapi untuk kesihatan mental..
…serta gangguan seksual kerana jantina saya perempuan,

Kejadian itu telah membuatnya mengalami trauma dan anxiety. Sajat juga difahamkan tidak membuka perniagaannya setelah sekian lama kerana terkesan dengan perkara itu.

Kata Sajat perkara itu berlaku terlalu pantas dan Sajat terpaksa mengikuti segala kemahuan lelaki tersebut untuk mengelakkan perkara lebih teruk berlaku.

“Fizikalnya (suspek) besar, tinggi.. dia terkam (cekik) leher, tampar muka. Saya tak melawan sebab kalau buat begitu, keadaan akan jadi lebih teruk.
“Saya kata, saya akan buat apa sahaja yang awak mahu. Dia buka semua pakaian, saya pun cuba ‘pujuk’ dia untuk tidak berbuat begitu,” ujarnya.

Sajat memaklumkan perkara itu dapat dilaporkan kerana mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan perbualan dengan lelaki tersebut yang bertindak mengugutnya agar tidak memberitahu kejadian tersebut kepada sesiapa.

Sajat memberitahu lelaki tersebut sudah ditahan oleh pihak berkuasa Australia dan turut menerima pampasan kejadian tersebut sebanyak 15,000 AUD.

Sumber: Facebook Jesica Zaman, Instagram Sajat

[fbcomments]