fbpx

Tabah dan kuatnya wanita ini. Bukan sekadar memberi keizinan buat suami tercinta berkahwin lain,malah wanita ini juga sanggup mengikuti proses ijab dan kabul suaminya itu.

Wanita tersebut turut memuat naik beberapa posting, foto dan video semasa majlis perkahwinan suami tercinta berlangsung.

Ke Majlis sanding suamiku Khubaib Ramli

Posted by Syiela Rashid on Sabtu, 19 September 2020

Officially akak dapat adik perempuan

Wanita tabah ini turut berkongsi live majlis akad nikah suaminya bersama madunya yang digelar adik. Video tersebut turut kelihatan ahli keluarga mereka.

Khubaib Ramli

Posted by Syiela Rashid on Sabtu, 19 September 2020

Suamiku syurgaku 🥰 Khubaib RamliKu berlindung di bawah naungan mu… Yg menyampaikan kasih Allah untuk dirikuSelamat Pengantin Baru Abg

Posted by Syiela Rashid on Sabtu, 19 September 2020

Difahamkan wanita ini turut menyiapkan pelbagai kelengkapan pernikahan suaminya termasuklah menempah baju kahwin suaminya bersama madunya itu.

Dah 5 tahun lebih akak tak pakaikan sampin untuk pengantin lelaki. Sejak mendirikan rumah tangga dengan kanda akak hanya mekapkan dan groom pengantin perempuan je.

Hari ini setelah 5 tahun berlalu. Akak refresh balik kemahiran lama akak. Semalam praktis sekali pakaikan sampin untuk kanda. Ok. Jari akak masih lembut rupanya. Maklumlah mak andam kata sang kanda haha. Head to toe kanda hari ni special touch by MUA Syiela Rashid. Untuk majlis akan datang attire kanda akak yang designkan special untuk hari tersebut.

Cerewettt…. Yesss…😉😜 😍Akak sgt cerewet dalam hal2 tertentu terutamanya dalam menyediakan attire untuk hubby tak…

Posted by Syiela Rashid on Isnin, 21 September 2020

Selain itu, wanita itu turut menemani suaminya semasa makan beradab. Wanita itu turut memegang tangan suami dan madunya. Lebih menjadi perhatian apabila wanita tersebut dikatakan sangat kuat semasa tempoh majlis tersebut berlangsung.

Officially akak dpt adik perempuanKhubaib Ramli

Posted by Syiela Rashid on Sabtu, 19 September 2020

Suamiku syurgaku. Ku berlindung di bawah naungan mu. Yang menyampaikan kasih Allah untuk diriku. Selamat Pengantin Baru Abang.

[fbcomments]