Sebelum ini telah tular video sekumpulan pelajar lelaki merosakkan harta benda sekolah di hari terakhir sesi persekolahan 2022/2023.
Rosak..pelajar akhir tahun 6 hari terakhir persekolahan di situ merosakkan harta benda sekolah..kurang ajar 😡
— Jabatan Netizen Malaysia (@jnmalaysia) February 18, 2023
Via WhatApps group.
Sekolah mana nie? Pihak sekolah boleh amik tindakan sewajarnya. pic.twitter.com/WUFwDltzUw
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telah menuntut waris kepada sekumpulan pelajar yang terlibat merosakkan harta benda sekolah di sekolah menengah kebangsaan di Seberang Perai Selatan di sini membayar semula ganti rugi bagi kelengkapan yang rosak.
Pegawai Pendidikannya, N.V. Subbarow berkata desakan itu dibuat agar waris dan pelajar terlibat bertanggungjawab atas kesalahan merosakkan harta benda awam dan tidak mengulangi perbuatan itu lagi.
Katanya, tindakan tegas itu perlu diambil dan dilakukan segera.
Katanya ia boleh dibuat sama ada melalui kaedah pembayaran tunai mahupun secara ansuran kepada sekolah berkenaan.
“Pembelajaran di sekolah disediakan secara percuma, manakala kelengkapan dan perabot dirosakkan itu merupakan harta benda yang menjadi hak milik kerajaan.
“Duit (peruntukan pembelian kelengkapan) itu pula diambil daripada cukai. Pihak sekolah perlu lebih serius menangani masalah itu supaya kejadian sama tidak berulang melibatkan pelajar-pelajar lain,” tambahnya lagi.
Pihak PIBG sekolah juga perlu memainkan pernaan agar pembayaran ganti rugi daripada waris pelajar terlibat dapat dilakukan.
CAP menganggap perbuatan sekumpulan pelajar lelaki itu dipengaruhi aksi-asi ganas menerusi filem Tamil yang ditayangkan di televisyen.
Sumber: Kosmo!