Viral Budak Pukul Ayam Sampai Mati, Keluarga Hanya Gelak & Rekod!
Baru-baru ini tular video seorang kanak-kanak memukul seekor ayam sehingga nyawa-nyawa ikan kerana marah dekat haiwan tersebut yang mengganggunya.
Bekas isteri kepada pengacara Ally Iskandar, Farah Lee kesal dengan tindakan keluarga kanak-kanak itu yang hanya merakamkan sahaja kejadian tersebut tanpa membantu.
Tegas Farah, situasi terbabit akan menjejaskan emosi dan meninggalkan memori buruk dalam perkembangan minda kanak-kanak. Ia juga akan mendatangkan kesan trauma dan dendam dalam diri kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak yang sepatutnya merasa ‘safe’ bersama parents/carers hanya direcord dan digelak-gelakkan sahaja sepanjang situasi ‘fight’ ini, trust & protection kelaut.
Kemudian, kanak-kanak yang sepatutnya diajar tentang kasih sayang terhadap semua makhluk hanya direkod dan didiamkan sahaja sepanjang penderaan dan ‘balas dendam’ dilakukan kepada haiwan tersebut, empathy & care tak wujud.
Harus mendidik dengan nilai murni
Tambah Farah, kanak-kanak seharusnya dididik dengan nilai-nilai murni dan perasaan kasih sayang sesama makhluk seperti sunnah Rasulullah S.A.W.
Jangan pelik jika masyarakat kita pendera, tiada empati, baran, pendendam jika inilah cara kita menangani situasi sebegini.
Ikutlah juga sunnah Rasulullah dalam mendidik anak2 – bagaimana Baginda menyalut akhlak dan adab manusia kecil ini berlandaskan kasih sayang.