fbpx

Bukan sahaja didakwa kena sengat lebah, malah ada juga netizen yang menuduh penyanyi lagu Sayang Maafkan Aku ini melakukan suntikan vitamin di muka kerana perubahan muka yang ketara.

View this post on Instagram

New me , on ke tk onsss ? 😝

A post shared by SYAFIQ FARHAIN (@syafiqfarhain) on

Selepas saya muat naik foto tersebut, ramai yang hubungi dan mesej tanya keadaan saya. Ada yang ingat saya kena gigit tebuan dan ada juga yang kata saya buat suntikan vitamin pada wajah.

Walau bagaimanapun,penyanyi lagu Demi Setia ini kemudiannya menjelaskan bahawa wajahnya membengkak kerana kesan suntikan bius yang diambil sebelum proses penanaman rambut di kepala.

Mula-mula risau juga bila muka bengkak tapi doktor kata normal dan akan membengkak beberapa hati. Saya memang ada masalah rambut keguguran yang sangat teruk. Jadi saya  ambil langkah awal untuk lakukan prose tanam rambut.

Dia yang mengalami masalah keguguran rambut yang serius sebelum ini telah mengambil keputusan untuk menjalani prosedur tersebut.

Tambahnya, penampilan diri amat penting buat seorang lelaki tambahan dirinya yang kini bergelar selebriti.

[fbcomments]