Selepas pulang dari Kedah dan berehat selama beberapa hari, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew kembali dengan misinya bagi menghulurkan sumbangan kepada insan yang memerlukan.

Menurut pendakwah itu, beliau dan pasukan bantuan memilih Pahang sebagai lokasi seterusnya selain memohon doa orang ramai agar mereka selamat sampai ke destinasi.

Difahamkan beliau telah membeli pelbagai barang keperluan untuk dimuatkan dalam tiga lori.

“Pohon doakan perjalanan kami ke Pahang 3 hari di sana. Saya beli barang dimuatkan dalam 3 lori untuk barang dapur dan keperluan sedikit untuk klinik dan balai. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah.” .

https://web.facebook.com/ebitlew/posts/2935256553259275
[fbcomments]