fbpx

Penyanyi Wany Hasrita, 30 sudah mendirikan rumah tangga selama 7 bulan bersama seorang jejaka dikenali sebagai Mohd Al-Adib Fahmi Harun.

Nurshazwany Hasrita Hasbullah atau lebih dikenali sebagai Wany Hasrita mengaku kerap diajukan soalan jika dia telah hamil.

Wany meluahkan dia tidak sedikit pun berasa rimas dan menganggap ianya soalan yang biasa buat seseorang yang sudah mendirikan rumah tangga.


Saya faham tanggungjawab masing-masing termasuk pihak media yang sering bertanyakan soalan berkaitan kehamilan dan cahaya mata.

Apa yang saya boleh katakan ialah, apabila tiba masa yang sesuai, saya akan umumkan perkara itu jika saya hamil.

Suami saya juga serahkan hal ini kepada saya jika disahkan hamil, dia terbuka dengan perkara ini dan tidak mengongkong.

Meskipun dia sibuk dengan kerjayanya, Adib tidak putus-putus memberi semangat dan mahu saya lakukan yang terbaik.

Sibuk dengan karier seni

Buat masa ini, tiada apa-apa lagi yang ingin dikongsikan dan saya juga masih sibuk dengan karier seni termasuklah persembahan nyanyian,”

Wany juga berpeendapat berita sebegitu wajar dikongsi jika kandungan telah mencapai usia 5 ke 6 bulan kerana keadaan bayi yang lebih stabil ketika itu.

Buat masa ini, belum ada berita gembira yang dapat dikongsi Wany. Penyanyi itu memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat dirinya.

Sekadar info, Wany Hasrita telah selamat menjadi isteri kepada Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai 2022 disebuah lokasi yang terletak di Damansara Perdana.

[fbcomments]