fbpx

Seorang warga emas meninggal dunia selepas memakan ikan buntal manakala suaminya kini berada di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom (HEBHK), Kluang.

BERNAMA - HEBHK Kluang dijadikan hospital rawat COVID-19

Menurut laporan Utusan, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tiang Soon berkata, mangsa, Lin Xiu Wan, 83 dan suaminya , Huang Chuan Xin, 84, membeli ikan tersebut secara atas talian iaitu di platform Facebook.

Menurutnya, selepas menerima ikan tersebut Sabtu lalu, mangsa menggoreng untuk hidangan tengah hari dan difahamkan ia adalah kali pertama pasangan itu menjamu masakan ikan buntal.

“Mereka membersihkan dan memasak ikan buntal itu untuk makan tengah hari kira-kira pukul 3 petang, namun mangsa wanita mula mengalami kesukaran bernafas dan menggigil. Kira-kira sejam kemudian, suaminya mula menunjukkan simptom yang sama.

“Anak lelaki mereka yang tinggal di rumah berbeza membawa mereka ke Unit Kecemasan Hospital Enche’ Hajjah Kalsom untuk rawatan. Wanita itu kemudian disahkan meninggal dunia pada pukul 7 malam, manakala suaminya masih menerima rawatan di ICU,” katanya.

Difahamkan ikan yang dipesan mereka datang daripada seorang nelayan di Endau, Mersing dan diproses oleh pengedar di Batu Pahat.

Katanya, penjual itu juga berasal dari Batu Pahat dan telah menjual ikan itu kepada empat pelanggan lagi di Chamek, Paloh dan seekor di Yong Peng pada hari yang sama.

“Selain pasangan itu, pelanggan lain masih belum memakan ikan tersebut tetapi Jabatan Kesihatan telah mendapatkan sampel ikan daripada penjual untuk dianalisis.

Orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dalam pemilihan makanan terutama akan makanan yang diketahui mempunyai risiko kesihatan.

Sumber: Utusan

[fbcomments]