fbpx

TikTok dengan cepat menjadi platform media sosial pada masa ini, dengan statistik baru menunjukkan bahawa aplikasi itu kini telah dimuat turun lebih daripada 1.5 Berjuta-juta kali di seluruh dunia.

Macam kita sedia maklum, aplikasi perkongsian video TikTok penuh dengan video-video cabaran yang menjadi ikutan ramai baik yang hebat, lucu, mahupun mencabar.

Walaupun segelintir pengguna langsung tidak tahu ‘trick’ di sebalik sesetengah cabaran yang dihasilkan, mereka tetap tidak ingin ketinggalan untuk mengikut trend yang sedang popular.

Seperti dalam sebuah video TikTok yang membuat ramai keliru, seorang gadis menulis kapsyen ‘Calculator Challenge’ pada videonya.

Dia kemudian berjalan ke hadapan sambil merendahkan dirinya sehingga dia hilang dari pandangan, tetapi penonton tertanya-tanya di manakah ‘calculator’ yang dikatakan.

Rupa-rupanya cabaran yang dilakukan oleh gadis itu disebut sebagai “Escalator Challenge” di mana individu membuat pergerakkan seolah-olah mereka sedang berdiri di atas eskalator yang sedang bergerak ke bawah.

Namun kesilapan pengguna TikTok itu menamakan cabaran itu sebagai Calculator Challenge membuat ramai keliru dan geli hati.

[fbcomments]