Nama pelakon senior, Faizal Hussein kembali jadi bualan ramai selepas lakonannya dalam drama bersiri Bidaah mendapat sambutan hangat bukan saja di Malaysia, malah turut mencuri perhatian penonton di Indonesia.

Faizal Hussein Terima Mesej Mengejut Dari Peminat Muda Gara-Gara Watak Walid

Drama yang ditayangkan menerusi platform penstriman Viu itu telah membuka peluang lebih besar buat Faizal apabila wataknya sebagai Walid berjaya menarik minat golongan penonton muda dari negara jiran.

Apa yang menarik, rata-rata peminat yang menghantar mesej kepadanya adalah dari kalangan remaja dan golongan awal 20-an yang mengagumi lakonannya. Kebanyakan mereka memuji gaya lakonan Faizal yang disifatkan sangat berkesan dan menyentuh hati.

Namun dalam masa yang sama, pelakon berusia 57 tahun ini turut menerima mesej yang agak luar biasa daripada segelintir peminat wanita muda. Ada yang secara berani menawarkan diri untuk menjadi isterinya selepas terlalu menghayati watak Walid yang dibawakannya.

Faizal pada awalnya menganggap mesej-mesej itu sekadar gurauan. Tetapi lama-kelamaan, ada yang semakin serius apabila mereka mula menyebut nama sebenarnya, bukan lagi watak dalam drama.

Situasi itu tidak hanya melibatkan dirinya, malah turut memberi tempias kepada anak-anaknya apabila ada peminat yang cuba mengikuti akaun media sosial ahli keluarganya.

Walaupun begitu, Faizal tetap bersyukur dengan sambutan positif terhadap drama tersebut. Baginya, platform seperti Viu memainkan peranan besar dalam membantu karya tempatan mendapat perhatian lebih luas, termasuk di luar negara.

Kredit: Utusan

 

 

 

[fbcomments]