fbpx

Tular satu rakaman video yang mengejutkan dimana sebuah kereta telah melanggar seekor kucing yang sedang berehat hingga mati. Difahamkan kejadian tersebut berlaku pada 23 Julai 2020 lepas.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Persatuan Haiwan Malaysia di Facebook, kejadian tersebut didakwa berlaku di tempat letak kereta Flat Razak Mansion, Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur pada 12.50 tengah hari.

KUCING SEDANG BEREHAT MATI SENGAJA DILANGGAR – PEMILIK KERETA DIMINTA TAMPILSatu insiden kejam melanggar kucing sedang berehat hingga mati telah berlaku pada 23 Julai 2020 lepas. Pemandu Kereta dikenal pasti seorang wanita Cina dengan nombor Plat BML8…Kejadian berlaku di kawasan tempat letak kereta Flat Razak Mansion, Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur pada 12.50 tengah hari dirakam CCTV Tempat Letak Kereta Badan Pengurusan Razak Mansion.Saksi menghubungi Animal Malaysia untuk memaklumkan kejadian untuk disampaikan kepada pihak berkuasa. Mana-mana saksi lain yang tahu lebih lanjut perbuatan ganas dan kejam ini diminta hubungi Animal Malaysia +601120901097.Berasama banteras kezaliman haiwan!#dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #voice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Posted by Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association on Khamis, 6 Ogos 2020

Apa yang lebih menyedihkan, selepas kucing itu di langgar, ia kelihatan seperti ‘melompat-lompat’ kerana kesakitan.

Difahamkan pemandu kereta tersebut merupakan seorang wanita berbangsa cina dengan nombor pendaftaran BML 8. Pihak Animal Malaysia turut mencari saksi lain yang tahu lebih lanjut mengenai kejadian ini untuk tampil kehadapan dengan menghubungi mereka di talian 01120901097.

[fbcomments]