Pasti ramai antara kalian biasa dengar nama Kuan Chee Heng atau lebih mesra dengan panggilan Uncle Kentang, aktivis masyarakat yang kerap kali memberikan bantuan kepada golongan memerlukan.
Kerusi elektronik dicuri
Menerusi perkongsian beliau di Facebooknya baru-baru ini, beliau menyuarakan rasa hibanya apabila bantuan kerusi roda elektrik yang diberikan kepada seorang lelaki OKU telah dijual oleh salah seorang ahli keluarganya sendiri sehingga menyebabkan pakcik ini tidak dapat bergerak ke mana-mana.
Perkara tersebut diluahkan di Facebooknya dan mendapat perhatian daripada warganet yang bengang dengan tindakan tidak berhati perut ahli keluarga lelaki itu.
Anak jual dengan harga RM1,500
Sebak dengan apa yang telah menimpa Daud, Uncle Kentang bersama teamnya telah berusaha mendapatkan semula kerusi roda elektrik buat lelaki itu.
Difahamkan, kerusi roda tersebut telah dicuri oleh anak kandung Daud sendiri dan ianya telah dijual kepada Cash Converter atas bantuan teman lelaki anaknya itu!
Serahkan semula kepada Daud
Dia kemudiannya menyerahkan kerusi tersebut kepada Daud dan menenangkan lelaki itu agar terus bertabah dengan dugaan yang dihadapi sebagai ayah.
Benar, kasih si ayah tiada penghujungnya…
Rampas handphone ayah
Bukan hanya mencuri dan jual kerusi sahaja, malah difahamkan anak perempuan Daud turut merampas handphone milik bapanya supaya bapanya itu tidak dapat berhubung dengan sesiapa.
Tergamaknya si anak!
Menurut kenyataan Uncle Kentang lagi, sebenarnya Daud dah tunggu 10 tahun untuk dapatkan kerusi roda elektrik ini tapi sampai kesudah tiada juga. AKhirnya Uncle Kentang dan team yang bantu belikan kerusi roda elektrik ini kepada Daud.
Tapi sayangnya, baru sahaja pakai si anak tergamak ambil dan jual semula demi mendapatkan wang untuk teman lelakinya!
Tunggu 10 tyahun tak dapat kerusi roda elektrik. Dah dapat kau pulak jahanamkannya!
Bapa hanya ada satu asset kerusi roda eletrik paling berharga untuk dia. Kau tergamak jual nya. Anak.. taubatlah. aku yang Cina pun tau apa itu taubat apatah lah kau sebagai anak yang baik…. mari lah… uncle tak marah.. lepas kan cinta kau itu.. kerana dia kau sanggup menderhaka ayah kau…