fbpx

Baru-baru ini tular di laman TikTok mengenai seorang wanita yang dikenali sebagai Syazwani Mirabilia, 34, dengan rela hatinya sanggup memasang pelamin untuk persandingan buat suami dan madunya yang berlangsung pada Sabtu lalu.

@syazwani_mirabilia

Pasang pelamin orang ❎ pasang pelamin suami & adik maduβœ…πŸ₯° #poligami #isteripertama #pelamin #pelaminandirumahmertua #poligamibukanjenayah #perempuanitu #pcosfighter #isteripertamauntukdihargai @Mirul Hj.Azizon @Dieya Dahlia MUA KULIM @Amir Ibrahim

♬ suara asli – Musiceveryday – π™ˆπ™π™Žπ™„π˜Ύπ™€π™‘π™€π™π™”π˜Ώπ˜Όπ™”22

Buat Pelamin Suami Dan Madu Sendiri

Difahamkan, Syazwani memberitahu bahawa suaminya yang berusia 43 tahun itu telah berkahwin lain pada Ogos 2023, namun baru kini mereka berkesempatan mengadakan majlis secara kecil-kecilan.

“Majlis itu semalam (Sabtu). Suami saya dah nikah dengan isteri kedua pada Ogos hari itu. Tapi semalam baru buat majlis kecil-kecilan. Saya buat pelamin untuk suami dan madu saya. Suami tak nak pun buat pelamin semua tu, tapi saya yang nak buat untuk mereka. Saya okay saja untuk kebahagiaan suami. Saya dah anggap madu macam adik saya sendiri. Dia bantu lengkapkan apa yang kurang dalam keluarga saya,” jelas Syazwani ketika ditemu bual.

Dah Kahwin 12 Tahun Tapi Masih Belum Ada Anak

Dedah Syazwani lagi, beliau memaklumkan bahawa usia perkahwinannya kini mencecah usia 12 tahun. namun mereka masih belum dikurniakan cahaya mata sepanjang perkahwinan. Beliau turut mengatakan bahawa beliau dan madu bekerja dengan suaminya di samping menguruskan bisnes pelamin sendiri yang dilaksanakan sejak 10 tahun yang lalu.

“Suami saya buka kedai tayar. Sekarang saya dan madu kerja sekali kat kedai suami saya. Saya kerja Sumber Manusia (HR) kat situ. Isteri nombor dua kerani. Saya memang buat pelamin. Saya ada bisnes buat pelamin dah 10 tahun,” kata Syazwani.

Reaksi Netizen

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen tergamam dengan tindakan Syazwani yang merelakan dirinya dimadukan, malah sanggup membuatkan pelamin buat perkahwinan suaminya bersama isteri kedua.

Kredit: TikTok syazwani_mirabilia, mStar

[fbcomments]