fbpx

Masihkah anda ingat pada 13 Julai 2019, telah terjadi satu kejadian dimana seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun parah selepas dipercayai dihempap sebuah peti sejuk di rumahnya di Nilai.

Tak mampu berdiri dan bertutur

Kejadian kira-kira jam 11 malam itu menyebabkan mangsa Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari cedera pada bahagian kepala. Rata-rata masyarakat bersimpati dengan nasib kanak-kanak itu. 

Assalamualaikum..mohon sahabat2 semua mendoakan anak sulung saya Muhammad Fawwaz Adli yg kini sedang ditahan di wad Icu…

Posted by Mohd Bukhari Zainal Anuar on Khamis, 11 Julai 2019

Susulan daripada kemalangan tersebut, kanak-kanak itu dilaporkan tidak mampu berdiri dan bertutur kesan daripada kecederaan di bahagian kepala.

Mengalami kekejangan otot

Bismillah..semalaman Fawwaz tak tido dan meragam disebabkan otot kekejangan. Pkul 4 pagi kami terus gerak dari Senawang…

Posted by Mohd Bukhari Zainal Anuar on Khamis, 27 Ogos 2020

Terbaru, menerusi Facebook bapa kepada adik Fawwaz iaitu Mohd Bukhari, dia mengesahkan anaknya sudah pergi buat selama-lamanya pada jam lebih kurang 4.30 petang semalam.

Allah lebih menyayangi Fawwaz

Selepas 14 bulan terlantar sakit akibat tragedi dihempap peti sejuk, Muhammad Fawwaz Adli Mohd Bukhari yang berusia 6 tahun disahkan meninggal dunia. Berita sedih itu turut dikongsi di Facebook bapanya.

Saya dan isteri membawa Muhammad Fawwaz ke sana sebagai ikhtiar rawatan untuk kesembuhannya. Tapi Allah lebih sayangkannya dan dia meninggal dunia di samping saya dan isteri.

[fbcomments]