Setiap orang pastinya ditakdirkan dengan berlainan cerita dan pengalaman. Inilah pengalaman terhebat yang dikongsikan oleh seorang insan yang dikenali sebagai @anik_arom di TikTok apabila beliau berjaya menimang anak sulungnya selepas 19 tahun penantian.
@anakmuharom Cerita setiap org x sama..pengalaman pun x sama,cpt n lmbat semua kerja Allah,kite terus berdoa,meminta n redha ngan setiap yg dh tertulis,19 thn bkn sekejap,yg lalui je faham đ¤ alhamdulillah Allah dengar doa² kite âĽď¸ mungkin jugak bkn doa kami,mungkin doa org yg kite bahagiakan,doa org yg kite belanja makan,doa anak² yatim,doa org yg kite bantu tanpa sedar đ #mybaby #myzuriat #19tahun #terimakasihallah #2023 #november #26112023 #loveyou #babyboy #baby
Syukur Timang Cahaya Mata Pertama Selepas 19 Tahun Kahwin
Menerusi kapsyen yang ditulis oleh pemilik video tersebut di laman TikTok, difahamkan mereka suami isteri telah menempuhi pelbagai dugaan sepanjang 19 tahun hidup bersama. Walaupun begitu, mereka tidak sesekali berasa untuk berputus asa, malah terus giat berdoa dan redha dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah.
“Cerita setiap orang tak sama. Pengalaman pun tak sama. Cepat dan lambat, semua kerja Allah. Kita terus berdoa, meminta dan redha dengan setiap yang dah tertulis. 19 tahun bukan sekejap, yang lalui sahaja faham,” tulisnya.
![]()
Luah Rasa Syukur Dan Berterima Kasih
Sementara itu, pemilik video itu juga amat berterima kasih kepada warga maya kerana tidak henti mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga terutama untuk mendapatkan zuriat sebagai penyeri hidup dalam sesebuah keluarga. Malah ia juga berkat daripada doa orang ramai yang pernah mereka bantu selama ini.
“Alhamdulillah, Allah dengar doa-doa kita. Mungkin juga bukan doa kami, mungkin doa orang yang kita bahagiakan, doa orang yang kita belanja makan, dia anak-anak yatim dan doa orang yang kita bantu tanpa sedar,âtulisnya lagi.
Berdasarkan kapsyen pada hantaran itu juga, difahamkan pasangan tersebut dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat dan cukup sifat.
Reaksi Netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur buat wanita ini yang amat sabar dalam menunggu bayi pertamanya selama 19 tahun disamping ada juga segelintir dari mereka yang turut merasai pengalaman serupa yang sukar mendapatkan zuriat.
![]()
Kredit: TikTok anakmuharom