fbpx

Kelantan adalah salah satu negeri di Malaysia yang kaya dengan budaya dan tradisi. Salah satu cara untuk merasakan keunikan negeri ini adalah dengan mengunjungi kedai makan dan kafe-kafe lokal yang ada di sana. Berikut adalah beberapa tempat yang wajib anda kunjungi jika berada di Kelantan.

Kopitiam Kita

Kopitiam Kita adalah kafe yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Kafe ini menawarkan suasana yang tradisional dengan hiasan yang memukau dan menu yang lazat. Kopitiam Kita menyajikan berbagai jenis kopi dan teh, serta hidangan lokal seperti nasi dagang dan nasi kerabu. Kafe ini juga terkenal dengan roti titabnya yang sangat lazat.

Alamat: Jalan Sri Cemerlang, Taman Desa Jasa, 15400 Kota Bharu, Kelantan. Waktu operasi: Setiap hari 6 pagi sehingga 2 petang kecuali hari Rabu
No. telefon: +60 19-981 0888

Mat Salleh Burger

Jika anda inginkan makanan barat ala tempata, kafe ini patut menjadi pilihan anda. Antara menu tarikan utamanya ialah aiskrim wafel dan pelbagai jenis burger seperti burger cili padi hasil asimilasi makanan barat dan cita rasa tempatan dengan harga yang berpatutan.

Kredit: Berita Harian

Alamat: Jln Sultanah Zainab, Bandar Kota Bharu, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Waktu operasi: 6 petang sehingga 3 pagi setiap hari.
No. Telefon: +60 12-949 6669

Nasi Lemak & Roti Bakar Kg. Sireh

Seperti nama kedai, menu terkenal di sini tentunya nasi lemak dan roti bakar mereka. Menu ringkas ini telah menjadi sebahagian daripada identiti utama kafe ini, dan antara yang terbaik di Kota Bharu. Selain itu, laksa dan ayam gorengnya juga menjadi pilihan orang ramai. Bagi yang berhasrat mengunjungi kafe ini, kami mencadangkan agar tiba awal untuk mengelakkan orang ramai.

Alamat: Jalan Kg Sireh, 15050 Kota Bharu, Kelantan. Waktu operasi: 9 malam sehingga 3 pagi setiap hari.

Pok Loh Milo Tunggeng

Kafe ini menjadi lokasi tumpuan sajian makanan sarapan. Yang lebih menarik, kafe ini menyajikan Milo Tunggeng ataupun dikenali sebagai Milo Tabur kepada kahalayak ramai. Antara menu yang disajikan ialah nasi lemak, nasi ayam, nasi berlauk, satey, telur separuh masak dan roti celup telur.

Alamat: 110, 2, Jalan Kampung Dusun, Kampung Bahagia, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Waktu operasi: 6.30 pagi sehingga 4 petang kecuali hari Jumaat

The Bold Lab

The Bold Lab memberi suasana santai yang sesuai untuk anda yang ingin berkunjung bersama rakan dan keluarga. Kafe ini menyediakan variasi minuman kopi dan juadah yang pelbagai. Selain itu, kek dan pencuci mulut juga merupakan antara yang mendapat sambutan hangat di kafe ini, seperti Shibuya Honey Toast dan kek coklat yang terasa sempurnanya adunan ramuannya.

Alamat: PT 2497, Kg. Cherang, Jalan Abdul Kadir Adabi, Taman Kenangan, 15200 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu operasi: 10 pagi sehingga 10 malam setiap hari.
No. Telefon: +60 17-798 3868

Atas Cafe

Cafe baru sedap di Tanah Merah Kelantan

Kafe ini terletak di Tanah Merah, Kelantan. Antara menu yang disediakan ialah pilihan makanan barat yang sangat menyelerakan contohnya seperti Salted Egg Spaghetti, Chicken Chop, Smoked Beef Aglio Olio dan lain lain.

Cafe baru sedap di Tanah Merah Kelantan

Alamat: No. 30-1, Kompleks Perniagaan Humaira, Jalan Taman Hiburan, 17500 Tanah Merah , Kelantan.
Waktu operasi: 12 tengahari sehingga 10 malam setiap hari.

Restoran Gegey

Suasana di kafe ini sangat mewah. Hidangannya juga banyak dan sesuai untuk dinikmati bersama Keluarga. Kafe ini terdapat beberapa cawangan dan di Kelantan, ianya terletak di Kota Bharu.

Image

Alamat:PT 269, Jalan Sri Cemerlang, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan
No telefon: 019-880 9896

Itulah beberapa kedai makan dan kafe yang wajib anda kunjungi jika berada di Kelantan. Setiap kafe menawarkan suasana yang unik dan hidangan yang lazat.

Baca artikel lain tentang 7 tempat menarik di Melaka di sini.

[fbcomments]