Makanan Thai sememangnya mempunyai peminat yang tersendiri. Ianya sudah sebati dengan rakyat Malaysia. Makanan seperti tomyam, pad thai, green curry dan pulut mangga sememangnya menjadi kegemaran ramai.
Meskipun terdapat lambakan kedai Thai yang boleh didapati, min akan kongsikan 7 kedai makan Thai sedap dan menjadi pilihan ramai.
Restoran Orkid Thai
Jika anda tinggal di sekitar Shah Alam, sudah tentu anda tahu tentang restoran ini. Ianya terletak berdekatan pusat beli-belah dan juga tengah bandar. Selain itu lauk disini juga segar dan mendapat pujian ramai. Antara menu yang terkenal ialah Tom Yam Seafood, Tom Yam Chicken dan Tom Yam Prawn in Coconut.
- Alamat: No, 17, 17A, 15A Jalan Tengku Ampuan Zabedah, F9/F Section 9,, 40100, Shah Alam, Selangor
- Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 11 pagi hingga 10:30 malam
Street Thai
Suasana di restoran ini berkonsepkan street food yang boleh didapati di Thailand. Ramai yang menggemari Pad Krapow, Thai Fried Chicken Wings dan Green Curry mereka yang cukup berlemak.
- Alamat: 100-G.001, The School, No., 72, Jalan Universiti, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor
- Waktu operasi: Setiap hari, bermula dari jam 11:30 pagi hingga 10 malam (Jumaat dan Sabtu dibuka bermula dari jam 11:30 pagi hingga 11 malam)
Soi 55 Thai Kitchen
Restoran yang terletak di Mont Kiara ini menyajikan pelbagai lauk-pauk yang pasti buatkan anda terliur. Yang paling menarik di sini ialah nasi goreng nanas mereka yang sedap.
- Alamat: Solaris 16 Jalan Solaris 5, Mont Kiara ,Solaris, 50480, KL.
- Waktu operasi: Setiap hari (11am-11pm)
Aroi Thai
Jika anda inginkan banyak pilihan makanan dalam portion yang kecil, tempat ini sangat bersesuaian dengan anda. Setiap hidangan diletakkan dalam mangkuk kecil dan berharga RM 3 sahaja. Jangan lupa untuk rasa ayam goreng mereka yang sangat garing.
- Alamat: Lot-G 24,25 & 26, KL Gateway Mall, 59200, Kuala Lumpur.
- Waktu operasi: Setiap hari (10am-10pm)
Amphawa Thai Tea & Co, Mid Valley
Jika anda berada di Midvalley, anda patut cuba kedai ini. Makanan yang menjadi pilihan ialah tomyam mereka yang pedas-pedas masam, pad thai goreng dan roti peanut butter mereka.
- Alamat: Level 3, Lot T, Mid Valley Megamall, 045, Lingkaran Syed Putra, 59200, Kuala Lumpur.
- Waktu operasi: Setiap hari (10am-10pm)
Pak Sawadee
Pak Sawadee merupakan restoran Thai yang menjadi kegemaran ramai. Dekorasi restoran yang berkonsep ala thai dan servis yang laju membuatkan restoran ini menjadi pilihan ramai. Tomyamnya yang pedas dan sedap juga menjadi kegemaran pelangan.
- Alamat: 21-G, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
- Waktu operasi: Isnin – Ahad (12.00 pm – 3:30 pm, 6.00 pm – 11.00 pm)
Restoran Serai Thai
Nama kedai ini tidak asing lagi buat pencinta makanan Thai. Dekorasi kedai yang cantik dan hidangan yang lazat menjadikan restoran ini pilihan ramai. Menu pilihan disini ialah Siakap Stim Limau, Pineapple Fried Rice dan Tomyam Seafood. Untuk pencuci mulut pula, anda wajb cuba Tab Tim Grob atau Red Rubies.
- Alamat: 5, Jalan Sena 3/13A, Seksyen 3, 40000 Shah Alam, Selangor
- Waktu operasi: Setiap hari bermula dari jam 11 pagi hingga 3 petang, dan dibuka semula pada jam 6 petang hingga 10 malam
Sememangnya banyak kedai Thai popular yang menyediakan hidangan yang sangat sedap. Min sarankan untuk korang membuat tempahan lebih awal dan carpool bersama ahli keluarga bagi memudahkan urusan.
Baca tentang 6 port sate terbaik sekitar KL dan Selangor di sini.