fbpx

Pada hari ini, ramai yang ingin tampil lebih bergaya dan yakin di khalayak ramai. Tidak kiralah bidang pekerjaan anda sama ada dalam sektor profesional, mahupun korporat, penampilan yang kemas dapat memberi first impression yang baik. Ianya meningkatkan keyakinan diri sekali gus membuatkan anda disenangi dan dipercayai ramai.

Tanpa membuang masa, jom baca 7 tips bergaya dan konfiden dalam dunia korporat pada tahun 2023 ini.

Pakai Warna Bertona Gelap

Jika anda mahu kelihatan lebih yakin, anda boleh memilih jalan selamat dengan memakai pakaian bertona gelap seperti hitam, biru gelap dan coklat. Warna-warna ini merupakan warna neutral dan bakal membuatkan anda tampil lebih kemas dan bergaya berbanding warna pastel yang memberi aura ceria. Beberapa pakaian yang anda wajib ada dalam warna neutral ini ialah blazer, kemeja dan seluar slack. Pakaian ini boleh dipadankan dengan pelbagai cara dan acara.

Gunakan saiz yang sesuai

Dalam pada ingin bergaya, anda perlu memilih pakaian yang bersesuaian dengan saiz badan anda. Jangan pakai pakaian terlalu kecil atau terlalu besar. Ingat, keselesaan dalam bergaya adalah sangat penting! Jika anda asyik membetulkan pakaian dan nampak tidak selesa, anda mungkin dianggap sebagai seorang yang kurang keyakinan diri. Senang kata, insecure. Jadi, elakkan perkara ini dengan hanya memakai pakaian yang mengikut kesesuaian badan anda.

Gunakan corak sebagai pelengkap

tips bergaya

Antara tips yang lain adalah dengan menggunakan corak atau pattern dalam penampilan anda. Jika baju kosong, anda boleh menggunakan tudung bercorak untuk tampil lebih menarik. Corak seperti stripe, dan polka dot merupakan corak yang tidak ditelan zaman. Selain itu, corak bunga dan abstrak juga menjadi pilihan ramai hari ini.

Bagi lelaki,kemeja jalur atau kotak sangat sesuai digayakan dengan seluar plain. Anda akan nampak kurang membosankan dan lebih yakin dan bergaya. Selain itu, pemilihan tie bercorak ataupun sapu tangan yang digayakan dengan pakaian monokrom juga dapat memberi keunikan dalam gaya harian anda.

Padankan Aksesori yang Sesuai

Anda juga boleh memakai beberapa aksesori untuk melengkapkan gaya. Tali pinggang, dan beg tangan dapat memberi impak besar kepada penampilan keseluruhan anda. Warna yang dipilih untuk dua perkara ini perlulah bersesuaian dengan gaya keseluruhan anda. Jangan pula baju berwarna biru, tali pinggang berwarna merah! Kelakar jadinya nanti.

Selain itu, aksesori seperti cincin, gelang,rantai dan anting-anting juga dapat menyerlahkan lagi keanggunan anda. Ingat, jangan berlebihan kerana anda akan nampak terlalu sarat. Hadkan penggunaan aksesori kepada 3-4 aksesori sahaja.

Jadi Diri Sendiri

Selain itu, pesanan penting adalah untuk menjadi diri sendiri. Penampilan profesional bukan bermaksud anda perlu menjadi orang lain. Sebaliknya, serlahkan identiti anda dengan pilihan pakaian dan aksesori yang betul. Contohnya ialah dengan jam tangan dari Solvil et Titus.

Solvil et Titus telah mengeluarkan jam tangan siri eksklusif Jawi Series yang menggabungkan sejarah dan budaya masyarakat Melayu Malaysia yang anggun dan elegan.

Jam tangan Jawi Series ini merupakan simbol warisan dan identiti unik komuniti Melayu. Ia merupakan jam tangan klasik yang dicipta khas untuk mereka yang inginkan makna yang lebih mendalam di sebalik penampilannya yang mewah dan elegan.

Penggabungan nombor Jawi ke dalam dial berfungsi sebagai pengingat halus namun penting mengenai identiti budaya unik masyarakat Melayu. Reka bentuknya terinspirasi dari sejarah Jawi dalam masyarakat Melayu dan menunjukkan kehalusan dan keanggunan yang luar biasa.

Di belakang jam pula terdapat motif klasik bunga dalam Batik & Songket – simbol sejarah dan estetika yang tidak ternilai. Kerumitan kraftangan dari mekanikal automatik boleh dilihat melalui belakang jam yang lut sinar, memaparkan kerja yang canggih dari jam tangan yang menakjubkan ini.

Bagi yang yang inginkan penampilan yang kemas dan smart, anda boleh dapatkan koleksi jam tangan mereka yang berwarna hitam. Ianya senang digayakan dengan apa juga warna pakaian dan sentiasa nampak elegan dan mewah. Jam ini sesuai digayakan dalam pelbagai acara kasual mahupun formal. Ianya juga datang sebagai couple watch, sesuai untuk digayakan anda dan pasangan. Dari kiri gambar untuk lelaki, dan tengah untuk wanita.

Jika anda inginkan kelainan, anda boleh mengambil koleksi jam yang datang dengan warna hijau memukau. Jam ini bakal memberi kelainan kepada penampilan anda dan memberi gaya yang segar. Dipadankan dengan tali jam berwarna coklat gelap, jam Jawi Series ini pasti menjadi bualan rakan-rakan dan keluarga anda.

Fesyen sememangnya merupakan salah satu cara mengekspresi diri. Jadi edisi istimewa Jawi Series dari jenama terkenal Solvil et Titus ini antara aksesori terbaik jika anda inginkan sesuatu yang berbeza. Beli jam ini di laman web mereka sekarang!

Jaga Kebersihan Diri

Selain itu, perkara asas yang ramai terlepas pandang ialah kebersihan diri. Jika anda mempunyai misai dan janggut, pastikan ianya dirapikan dan dicukur secara berkala. Rambut pula disikat rapi dan tidak dibiarkan terlalu panjang. Kuku dipastikan bersih dan dipotong supaya tidak memanjang. Selain itu, elakkan badan berbau yang disebabkan peluh. Pakai deodoran dan minyak wangi agar anda tampil segar sepanjang hari.

Tunjukkan Keyakinan dari Bahasa Badan

Yang terakhir ialah bahasa badan atau body language. Sebenarnya, dari tingkah laku anda boleh menunjukkan sama ada anda orang yang yakin atau tidak. Gerakan tangan, mimik muka dan postur badan adalah bahasa badan yang perlu anda jaga. 

Antara tips yang boleh anda cuba ialah memandang mata orang yang sedang bercakap dengan anda. Ini akan menunjukkan anda berminat untuk memahami perkara yang sedang dibualkan. Selain itu, berdiri lurus dan tidak membongkok untuk menunjukkan anda seorang yang yakin. 

Terakhir ialah tidak menggoyangkan kaki, menggigit bibir atau menggigit kuku. Tanda-tanda ini menunjukkan anda sedang dalam kegelisahan. 

Akhir sekali,

Diharap tips bergaya dan konfiden yang diberikan memberi manfaat dan kebaikan kepada anda. Cuba tips ini dan rasai sendiri perubahan terhadap diri anda. 

Dapatkan maklumat lanjut tentang Solvil et Titus di:

[fbcomments]