Hidayah itu milik Allah. Terbuka hati memasuki Islam sebagai panduan untuk meneruskan kehidupan di hari mendatang adalah satu rahmat daripada Allah S.W.T.
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh laman Facebook Tentera Laut Diraja Malaysia, beberapa orang anggota tentera telah mengucapkan dua kalimah syahadah.

Meraihkan saudara baru
Oleh sebab itu, pihak Tentera Laut Diraja Malaysia telah mengadakan majlis kesyukuran dan turut mendoakan kesejahteraan warga KDSM seluruhnya semoga dapat membimbing saudara baru disamping merapatkan lagi ukhwah antara mereka.


Dalam pada itu, warga KDSM juga diminta untuk sama-sama membimbing para saudara baru agar meneruskan perkhidmatan berpaksikan al-Quran dan Sunnah.