fbpx

Penyanyi Adira Suhaimi akhirnya sah bercerai talak satu dengan Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red di Mahkamah Syariah Gombak Barat pada pagi Rabu.

Sah Cerai Talak Satu

Memetik laporan OhBulan!, difahamkan lafaz cerai itu diucapkan oleh Datuk Red di hadapan Hakim Syarie Abdul Hadi Omar sekitar jam 9.45 pagi. Abdul Hadi turut mengesahkan lafaz tersebut dan ianya sah mengikut hukum syarak.

“Bahawa saya Adnan Abu menceraikan Adira Suhaimi dengan talak satu,” kata Datuk Red.

Ketika prosiding sedang dibacakan, Datuk Red kelihatan sayu dan menundukkan kepalanya manakala Adira pula kelihatan tenang.

Sementara itu, penyanyi yang berusia 33 tahun itu turut bersetuju untuk tidak menuntut sebarang nafkah terhadap Datuk Red yang kini sah menjadi bekas suaminya. Sebelum meninggalkan mahkamah, pasangan itu sempat bersalaman di dalam dewan dan bersurai.

Terdahulu, Adira telah memfailkan perceraian terhadap Datuk Red atas sebab tiada lagi persefahaman pada 25 Oktober tahun lalu.

Kemudian, pada 5 Mac lalu, prosiding keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) antara mereka gagal apabila penyanyi itu tetap nekad untuk berpisah.

Sekadar info, Adira dan Datuk Red diijabkabulkan di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 2.

Kredit: OhBulan!

[fbcomments]