Mempunyai perasaan cemburu terhadap suami atau isteri adalah perkara biasa. Namun, ia akan menjadi kronik apabila salah seorang dari pasangan ini menjadi terlalu obses terhadap pasangan sehingga perasaan cemburu boleh membawa padah.

Baru-baru ini tular di laman TikTok berkenaan seorang lelaki yang telah bergelar suami diberi nasi tangas atau ‘nasi kangkang’ oleh isterinya sendiri akibat cemburu melampau.

Diberi Nasi Tangas Setiap Hari

Menurut perkongsian yang dimuatnaik oleh @perawatwanitaarsyifaphg di laman TikTok, ia memaparkan seorang lelaki sedang menerima rawatan tradisional untuk mengeluarkan kotoran-kotoran akibat sihir termakan nasi tangas yang dihidangkan oleh isterinya sendiri.

“Nasib suami dapat isteri kuat cemburu, setiap hari diberi makan nasi tangas, dah macam lembu kena cucuk hidung.. turut semua kemahuan si isteri. Cemburu punya pasal, sanggup bagi suami makan makanan kotor dan jijik. Dah bertahun hidup bersama, tapi ada yang sanggup buat benda macam ini”, jelas ustaz dalam video tersebut.

Selalu Dengar Isteri Cakap Seorang Diri

Si suami turut mendedahkan bahawa beliau sering mendengar isterinya bercakap seorang diri di rumah, dan acap kali melihat lembaga hitam di dalam kediaman mereka. Beliau juga terkesan akibat sihir yang dikenakan seperti badan sentiasa rasa lemah, terdapat ketulan tersumbat ditekak dan mengalami cirit-birit pada setiap malam.

“Suaminya beritahu ada yang pelik dirumah, selalu dengar isterinya bercakap seorang diri. Selalu nampak kelibat lembaga hitam di dalam rumah. Badannya sentiasa rasa lemah, ditekak pun ada ketulan yang tersumbat. Setiap malam sakit perut cirit-birit dan kerap muntah darah, lepas maghrib je mesti bau kemenyan di dapur”, jelas ustaz itu lagi.

Berjaya Keluarkan Kotoran

“Alhamdulilah selepas di ruqyah keluar muntah benda-benda kotor di dalam perutnya”, ujarnya. Lelaki tersebut kelihatan sedikit stabil selepas berjaya memuntahkan sisa kotoran yang ada di dalam badan hasil termakan nasi tangas isterinya itu.

Kredit: TikTok @perawatwanitaarsyifaphg

[fbcomments]