Seorang lelaki warga emas berusia 86 tahun meluahkan rasa syukur apabila beliau mendedahkan bahawa dia yang mengambil masa selama setahun untuk menambat hati wanita pilihannya sudah selamat bersatu sebagai suami isteri pada beberapa hari yang lalu.
Pernah Ditolak Pinangan
Menurut laporan Sinar Harian, difahamkan lelaki warga emas yang dikenali sebagai Abdullah Ali memaklumkan bahawa isterinya iaitu Siti Zabidah Zakarian, 63, pernah menolak pinangannya kerana wanita tersebut yang ketika itu belum terbuka hati untuk mendirikan rumah tangga.
“Selepas ditolak, saya tidak berputus asa. Setahun saya cuba tambat hatinya, alhamdulillah jodoh kami ada dan selamat disatukan pada Sabtu lalu,” katanya.
Selamat Bergelar Suami Isteri
Tambah Abdullah lagi, beliau tertarik dengan isterinya kerana sikap lemah lembut yang dimiliki wanita itu. Katanya, perkahwinannya itu lebih kepada ingin mencari teman untuk menghabiskan sisa-sisa hidup.
Difahamkan, Abdullah memiliki tiga anak berusia 60 hingga 65 tahun manakala Siti Zubaidah mempunyai dua anak berusia sekitar 40-an. Wanita itu pernah berkahwin dua kali dan kedua-dua suaminya telah meninggal dunia iaitu pada tahun 2003 dan 2021.
Kredit: Sinar Harian