Siapa yang tidak sedih melihat anak yang masih kecil perlu berhadapan dengan penyakit kronik. Lebih-lebih lagi apabila dia masih belum mengerti tentang penyakitnya dan hanya terbaring lesu tiap kali menahan sakit.
Hal ini dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelawak terkenal, Shahrol Shiro iaitu Nor Farhanah Syamimi di ruangan Intagramnya.
Menurut Farhanah, anak keduanya yang berusia 8 bulan itu disahkan menghidap penyakit buah pinggang serius dan tidak mempunyai buah pinggang sebelah kanan.
Manakala, satu lagi organ tersebut di sebelah kiri mengalami bengkak.
Assalammualaikum. Anna mohon jasa baik dari kalian untuk mendoakan kesihatan anak Anna. Doakan semoga Ismail cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan kami. Mana tahu atas sebab doa kalian ALLAH angkat dan makbulkan doa kalian untuk anak Anna.
.
Doc dapati buah pinggang Ismail belah kanan tiada. Manakala buah pinggang Ismail sebelah kiri bengkak. Ismail kene dapatkan rawatan secepat mungkin memandangkan Ismail hanya ada satu buah pinggang dan buah pinggang yang ada pun bengkak. Anna mohon atas jasa baik kalian, doakan lah untuk anak Anna. Selitkan nama anak Anna dalam setiap solat dan doa kalian. Semoga ALLAH balas semua jasa baik kalian.
.
Doakan Anna kuat. Luluh hati Anna bila tengok Ismail sakit. Sayu bila pandang muka Ismail. ALLAH. Ya ALLAHðŸ˜ðŸ˜.
Farhanah telah memohon jasa baik orang ramai untuk sama-sama mendoakan kesejahteraan anaknya agar segera pulih.
Semoga Shahrol dan isterinya tabah menempuh dugaan ketika ini dan terus bersemangat untuk memberikan yang terbaik untuk anak tersayang.