Dalam kemeriahan Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang kini sedang berlangsung, satu detik menarik berjaya mencuri tumpuan ramai apabila seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) wanita dilihat berbual dengan juruterbang dari pasukan aerobatik Russian Knights dalam bahasa Rusia dengan fasih.

Video di bawah:

https://vt.tiktok.com/ZShst4oJT/

Anggota ATM Wanita Curi Tumpuan, Fasih Berbahasa Rusia Ketika Berbual Bersama Juruterbang Russian Knights

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan anggota ATM berkenaan sedang berbual dengan juruterbang terbabit dengan penuh keyakinan menggunakan bahasa Rusia sebagai medium perbualan. Reaksi mesra dan senyuman juruterbang tersebut memperlihatkan rasa kagum terhadap kebolehan komunikasi anggota berkenaan.

Tindakan spontan itu bukan sahaja menunjukkan kecekapan dalam penguasaan bahasa asing, malah turut mempamerkan imej profesionalisme anggota ATM dalam berinteraksi dengan tetamu antarabangsa.

Video pendek berdurasi beberapa saat itu pantas meraih perhatian netizen dan dihujani pujian di ruangan komen. Ramai menyuarakan rasa bangga dengan kebolehan yang ditonjolkan anggota wanita terbabit.

Menerusi maklumat yang dikongsi oleh beberapa pengguna media sosial, wanita itu dipercayai Mejar Dr Khadijah, seorang pegawai perubatan dalam perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia.

Kredit: TikTok belengas368

 

[fbcomments]