Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand terbunuh akibat ditembak, awal pagi tadi.


Seorang meninggal dunia dan seorang cedera parah

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira pukul 3.10 pagi. Mangsa dikenali sebagai Koperal Baharuddin Ramli berusia 54 tahun sedang bertugas bersama seorang lagi anggota PGA, Koperal Norihan A/L Tari yang berusia 39 tahun.

Update:

Kpl Baharudin BN 3 PGA senoi praaq yang terkorban di sempadan Malaysia Thailand..

Salam Takziah diucapkan kepada ahli keluarganya..

Posted by Friends Of PDRM on Monday, November 23, 2020

Namun Koperal Norihan dinyataka mengalami kecederaan parah. Difahamkan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar untuk proses bedah siasat sementara mangsa yang cedera pula sedang menerima rawatan di hospital yang sama dengan keadaannya dilaporkan kritikal.

Kumpulan penyeludup

Sementara itu, menurut sumber PGA memaklumkan kejadian mungkin ada kaitan dengan tindakan pihak berkuasa Malaysia mengetatkan kawalan sempadan terutama di Perlis dan Kedah yang menyukarkan pergerakan kumpulan penyeludup.


Kumpulan itu difahamkan pernah melepaskan tembakan menggunakan senjata buatan sendiri sebagai amaran kepada anggota PGA yang melakukan rondaan di Bukit Kayu Hitam

[fbcomments]