Roadblock. Pasti ramai pemandu jalan raya yang gerun kan? Lagi-lagi time Perintah Kawalan Pergerakan ni.

Namun begitu, lain pula yang berlaku apabila anggota polis yang bertugas di sekatan jalan raya didakwa mengambil maklumat seorang gadis dengan niat untuk berkenalan.

Menerusi perkongsian oleh gadis yang dikenali sebagai Azie ini, dia mendakwa anggota polis itu menghantar pesanan ringkas melalui WhatssApp untuk mengenalinya setelah mendapatkan semua maklumat termasuk nombor telefon ketika menahannya dalam sekatan jalan raya.

Perkongsian tersebut yang menjadi tular di media sosial.

Nak kenal boleh?

Tiba-tiba pihak PDRM tampil

Tengah dok tular, tiba-tiba akaun rasmi PDRM pula tampil memberi respon melalui satu hantaran di Twitter dengan memberitahu pihak PDRM akan mengambil maklum mengenai isu tersebut.

Pihak PDRM meminta gadis berkenaan untuk menyatakan maklumat mengenai waktu dan lokasi kejadian untuk tujuan semakan lanjut.

Menjaga etika dan nilai integriti

Dalam masa yang sama, wanita ini turut berharap agar perkara sebegini perlu ditangani secara menyeluruh kerana budaya kerja di dalam organisasi seperti PDRM perlu mengambil kira etika, nilai dan integriti.

[fbcomments]