fbpx

Walaupun hanya di rumah sendiri, keselamatan juga harus dititikberatkan. Apatah lagi sekiranya kita mempunyai anak-anak kecil di rumah. Ruangan dapur merupakan tempat yang paling dirisaukan kerana terdapat benda tajam, gas dan sebagainya.

Wanita ini telah berkongsikan satu insiden kebakaran kecil yang berlaku di rumahnya.

Anak-anak sedang bermain

Walau bagaimanapun, dia berasa syukur kerana nasib menyebelahi mereka sekeluarga apabila mereka ada menyimpan alat pemadam api dan keluarga ini juga telah dibantu beberapa orang lelaki yang kebetulan ketika itu sedang menyiapkan rumah jiran.

Menurut hasil siasatan bomba, punca kebakaran tersebut adalah disebakan oleh hos wayar gas yang sudah bocor. Jom Ikuti perkongsian beliau:

2.15 petang, Cik Sue tengah tengok TV dengan anak-anak kat ruang tamu. Tiba-tiba Abang Irfan jerit, “Umi, api!”. Cik Sue bangkit dan tengok api di dapur belah kiri dah marak sampai ke atas.

Allah je tahu perasaan Cik Sue masa tu. Dengan anak-anak duk main dekat ruang tamu lagi. Dik Hannah duk ralit bergayut kat sofa. Cik Sue cuba tenangkan diri, ingat Cik Sue lupa tutup api. Tapi bila check, dapur tu elok je tertutup.

Asap dah tebal dan alarm dah berbunyi.

Masa tu dah start panik. Mujurlah ada dua orang abang tukang yang tengah siapkan rumah kat sebelah rumah Cik Sue ni. Cik Sue jerit sekuat hati minta diorang datang tolong. Air mata dah laju mengalir.

Abang-abang tu berlari masuk dalam rumah. Asap dah tebal dan alarm pun dah berbunyi. Cik Sue masuk dalam bilik tidur, ambil fire extinguisher, terus Cik Sue hulur kat diorang.

Mujur tak meletop

Mulanya ingatkan api tu dekat atas dapur tu je. Rupanya bila abang tu buka kabinet, api dah marak menyala kat tepi tong gas! Allahuakbar. Rasa nak pitam masa tengok. Mujur tak meletup!

Abang tu pantas bertindak, terus sembur fire extinguisher tu kat punca api dan lepas 5 saat, api padam. Masa tu, ada bunyi desir kuat kedengaran. Abang yang sorang lagi pun terus tutup kepala gas tu.

Allah masih bagi peluang pada kami empat beranak. Kalau abang tu tak ada, memang Cik Sue tak mampu buat apa. Mampu tengok je. Masa tu, otak tak mampu nak fikir langsung.

Menurut wanita ini lagi, semasa bomba datang check, katanya hos paip tu dah bocor. Gas berkumpul di bawah kabinet dan apabila wanita tersebut buka suis elektrik, terus dia spark api.

Setiap rumah perlu ada fire extinguisher

Menurut wanita tersebut, bomba yang datang ke rumahnya turut menasihati dan mencadangkan setiap rumah untuk mempunyai alat pemadam api.

Kalau tunggu bomba sampai, alamatnya lagi besar api. Silap-silap bomba sampai, rumah dah hangus dijilat api.

Lepas ni, dia pesan suruh beli hos hitam yang bergetah. Katanya walaupun mahal sikit, tapi lebih berkualiti dan selamat sebab dia bergetah, elastik dan tak mudah patah. Bila dah jadi macam ni, Cik Sue dah tak kisah pasal harga. Sanggup beli daripada tengok satu rumah dijilat api. 

[fbcomments]