fbpx

Kebelakangan ini model Axia baru hangat diperkatakan oleh warga net. Ramai yang ternanti-nanti pelancaran kereta tersebut dan pelbagai andaian telah dilakukan. Banyak spesifkasi yang telah dikeluarkan oleh Perodua antarnaya ialah  Axia 2023 akan mempunyai 5 warna termasuklah satu warna baru Coral Blue.

Dalam pada ramai berteka-teki mengenai Axia 2023 ini, terdapat berita baik buat mereka yang telah membuat tempahan model Axia sebelum ini. Menurut Presiden Perodua, anda mungkin akan dapat model baharu kereta tersebut!

Menurut laporan Malaysia Gazette, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, mereka dalam proses menghubungi pelanggan bagi memaklumkan proses pertukaran Perodua Axia Serba Baharu.

“Penasihat jualan kami telah menghubungi para pelanggan untuk memaklumkan mengenai pertukaran Perodua Axia Serba Baharu dan kebanyakan mereka bersetuju untuk menukar kepada model baharu tersebut.

“Kami percaya cadangan nilai kami akan diterima baik oleh rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini.

Pengeluaran dan jualan Perodua bagi bulan Januari difahamkan melonjak sebanyak 43.5% kepada 21,449 unit yang didaftarkan berbanding 17,444 unit pada bulan pertama 2022 disebabkan oleh syarikat itu meneruskan tumpuannya kepada pengeluaran dan penghantaran maksimum.

Pengeluaran untuk Januari tahun ini meningkat 40.2% daripada 17,538 unit yang dikeluarkan pada Januari 2022.

Menurut Zainal, banjir yang brelaku Januari 2022 telah menyebabkan kurangnya bekalan cip semikonduktor, isu tenaga kerja dan kekurangan alat ganti lain, sekali gus menghalang pengeluaran dan jualan.

”Namun demikian, peningkatan dalam volume bagi kedua-dua pengeluaran dan jualan telah menunjukkan bahawa ekosistem sedang berjalan seperti yang dirancang,” ujarnya.

Beliau berkata, Perodua kekal komited kepada matlamat penghantaran kenderaan kepada para pelanggannya secepat mungkin tanpa menjejaskan kualiti atau keselamatan.

Perodua mensasarkan untuk mendaftar 314,000 unit dan mengeluarkan 330,000 unit untuk keseluruhan tahun ini.

Sumber: Malaysia Gazette

[fbcomments]