Pelakon yang juga isteri kepada Shaheizy Sam iaitu Syatilla Melvin telah mengembangkan sayap perniagaannya dengan mengeluarkan produk jamu keluarannya sendiri.


Muka lawa, bawah bersawang

Syatilla turut mengakui dia sudah mengamalkan pengambilan jamu sejak muda ketika berusia 15 tahun lagi dan telah merasai kebaikan daripada pengambilan jamu.

Tapi apa yang menarik perhatian netizen ialah kata-kata yang dikeluarkan sendiri oleh Syatilla :

Ramai je muka lawa tapi ‘bawah’ bersawang dan berbau. Jadi saya kalau boleh nak didik golongan hawa untuk seimbangkan di antara kecantikan dalaman dan luaran. Jangan hanya banyak melabur pada kecantikan luaran tapi dalaman terbiar.

Ia juga boleh menjaga hubungan suami isteri. Apatah lagi zaman sekarang kita boleh lihat pelbagai permasalahan di antara suami dan isteri.

Longkangnya mulut kau

Kenyataan tersebut turut dikecam oleh netizen yang tidak berapa gemar dengan apa yang dikatakan oleh Syatilla.


Marketing murahan

Terbaru ni, dia buat hal lagi dimana telah keluarkan gambar serta caption yang dikatakan tidak beradab. Walaupun ianya sekadar untuk marketing namun ramai juga yang tidak berkenan dengan cara Syatilla ini. Tambahan pula dia merupakan seorang wanita Muslim yang bertudung.

[fbcomments]