Penyanyi terkenal Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari atau BCL difahamkan telah mendapat lampu hijau daripada keluarga mentuanya selepas dihebohkan beliau bakal melangsungkan pernikahan dengan pilihan hatinya iaitu Tiko Aryawardhana di Bali, Indonesia pada 2 Disember ini.
![]()
Ibu Mentua Sudah Beri Restu BCL Kahwin Baru
Menurut sumber Harian Metro, difahamkan keluarga Allahyarham suaminya iaitu Ashraf Sinclair terutama ibunya, Dida sudah memberi restu jika Bunga mahu mendirikan rumah tangganya semula dengan pasangan pilihan hatinya. Dida dan keluarganya juga telah berkenalan dengan Tiko sewaktu sama-sama menyambut Aidilfitri pada tahun lalu.
![]()
Semua Ahli Keluarga Restu Hubungan BCL Dengan Tiko
Bukan setakat ibu mentua, malah adik Ashraf yang merupakan penyampai radio iaitu Aishah juga sudah lama mengetahui hubungan pasangan tersebut dan pernah dilihat bergambar bersama kakak iparnya disertai Tiko.
Sebagai info, Bunga menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal selepas kematian Ashraf akibat serangan jantung pada 18 Februari 2020. Hasil perkahwinan dengan Ashraf, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Noah Aidan Sinclair.
Kredit: Harian Metro