fbpx

Kecoh di media sosial bahawa rumah banglo usang yang pernah dikatakan ‘berhantu’ di Bukit Gasing telah terjual pada semalam, 13 Disember 2022.

Menurut KL & Selangor Best Buy Auction Properties, banglo yang terletak di Gasing Heights, Petaling Jaya itu telah dibeli dengan harga RM 4.4 Juta ringgit! Namun begitu, identiti pembelinya masih belum diketahui hingga kini.

Beli rumah dapat percuma maid waktu malam??

Begitulah antara gurauan rata-rata orang awam apabila melihat rumah banglo misteri ini.

Terdapat pelbagai variasi cerita seram yang dikaitkan dengan banglo ini

Antaranya ialah pemilik banglo ini dikenali sebagai Dr Sanjay Gill. Di pintu pagar banglo tersebut dapat dilihat simbol S dan G. Khabar angin mengatakan pemilik rumah tersebut membunuh diri di dalam rumah ketika perniagaannya berada di puncak.

Selain itu, ada juga khabar angin mengatakan Sanjay telah mengakhiri hidupnya kerana isterinya telah mendapat tahu skandal lelaki tersebut dengan perempuan lain. Isterinya bertindak memenggal perempuan simpanannya di rumah itu dan bertindak menggantung diri.

Kesahihan cerita tersebut tidak dapat dipastikan dan hanyalah khabar angin dari orang ramai.

Ramai penduduk setempat yang menolak cerita-cerita tahyul tersebut sebaliknya ada yang membuka mulut dan menceritakan pemilik rumah tersebut ialah seorang Cina Kristian bernama Shihan Goh.

Menurut perkongsian Muhammad Ishaq tahun lalu, Dr Shihan Goh merupakan pengamal ilmu pertahanan diri Jiujitsu dan seorang pengkaji bidang spiritual healing macam Yoga dan sebagainya. Beliau menduduki banglo itu pada Tahun 1995 dan rumah tersebut telah digadaikan ke bank pada 15/3/2013.

“Mungkin rumah ini orang cakap seram sebab dulu owner banyak buat benda penyembahan berkaitan spirit. Mungkinlah,” katanya.

[fbcomments]