Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan tentang pasangan pengantin baharu di Kolaka, wilayah Sulawesi Tenggara, Indonesia melangsungkan perkahwinan di sisi jenazah bapa pengantin perempuan. Difahamkan, bapa pengantin perempuan yang dikenali sebagai H.Rusli, 54, meninggal dunia pada malam sebelum majlis pernikahan mereka pada 24 November lalu.

Dinikahkan Di Sebelah Jenazah Bapa Perempuan

Menurut sumber Okezone, majlis pernikahan pasangan tersebut diadakan pada keesokan harinya dan difahamkan pengantin iaitu Tarisa dan Edi Muh Jabal telah diijabkabulkan di sebelah jenazah bapa pengantin perempuan. Menerusi video yang dimuat naik di laman sumber, suasana menjadi lebih hiba apabila saudara kandung Tarisa dilantik sebagai wali yang menggantikan arwah bapanya. Pengantin lelaki juga dilihat berulang kali mengesat air matanya ketika dinikahkan.

Arwah Rebah Secara Tiba-Tiba

Menurut jiran mereka yang dikenali sebagai Erlina, dikatakan arwah rebah secara tiba-tiba dan terus dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. “Saya dengar arwah sudah lama sakit, sakit buah pinggang”, kata Erlina.

Jenazah Rusli selamat dikebumikan sejurus majlis akad nikah berlangsung.

Kredit: Okezone

[fbcomments]