fbpx

Menjadi pasangan suami isteri yang saling memahami dan membahagiakan bagaikan mimpi terindah buat mereka. Baru-baru ini tular di laman TikTok berkenaan seorang wanita yang dikenali sebagai @Ara telah memuat naik video bagaimana beliau membuat persiapan ‘candle light’ dinner untuk menyambut hari kelahiran suami tercintanya itu.

@faranzm

Setup suprise birthday dinner for my husband 🤍 Kambing perap by @pakmatwesterncafe Part 2 for suprise reaction on next vid guys!!! #birthdaydinnerathome #suprisebirthday #desserts #pakmatwestern #fypシ゚viral #fyp #brunchideas #birthdayideas

♬ original sound – Ara🦋 – Ara🦋

Setup Meja Untuk Candle Light Dinner

Menerusi video pertama yang dikongsikan oleh Ara, kelihatan beliau gigih menyusun dan menyediakan makanan untuk disambut bersama. Pastri, kek,kambing perap pakmatwestern dan lain-lain menjadi sorotan utama untuk santapan mereka.

@faranzm

Part 2: Guys!!!! korang jelah ambil motor ni. laki aku sampai sekarang asyik tanya betul ke? Yeke? HAHAHAHAHA🤣 happy birthday in advance suamiku🤍 semoga sentiasa dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah dan sentiasa kuat utk keluarga kecil kita. Kalau dulu awak jual RXZ untuk halalkan kan saya, sekarang saya cuma mampu beri ni untuk awak cari rezeki untuk keluarga kecil kita ya😘 #suprisebirthday #birthdayhusband #lcv8 #dinnerbirthday #birthdayideasforhim

♬ original sound – Ara🦋 – Ara🦋

Suami Terkejut Dapat Hadiah Motor

Selepas pasangan sejoli ini menjamah makanan, kini tiba masanya untuk si isteri memberi kejutan yang ditunggu-tunggukan. Apabila kain dimatanya dibuka, alangkah terkejutnya reaksi sang suami.

“Sayang ni biar betul? Biar betul? Sayang seriuslah ni?”, kata-kata tersentuh tidak dapat diungkap dengan jelas oleh suaminya itu. Walapun begitu, suami Ara bagaikan tidak percaya dengan hadiah yang diberi. “Guys! korang jelah ambil motor ni. laki aku sampai sekarang asyim tanya betul ke? yeke?”, kapsyen yang ditulis oleh Ara di video kedua.

Namun, ada cerita sedih disebalik kisah ini. Motor yang dihadiahkan itu dipercayai jenis Yamaha 1355LC V8 Fi dan sebelum mereka disatukan, lelaki tersebut terpaksa berkorban menjual motosikal Yamaha RX-Z untuk menampung wang perbelanjaan perkahwinan mereka. “Kalau dulu awak jual motor untuk halalkan saya, sekarang saya cuma mampu beri ini untuk awak cari rezeki untuk keluarga kita”, ayat-ayat manis yang dikeluarkan dari Ara kepada suaminya.

Reaksi Netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata kesemua netizen amat terharu dengan sikap Ara yang bertimbang rasa terhadap kesusahan suaminya pada masa lalu.

Kredit: TikTok Ara faranzm

[fbcomments]