Mengejutkan bila dapat satu berita dimana seorang bayi perempuan yang baru sahaja berusia tujuh hari telah kehilangan tangan kanannya gara-gara digigit anjing peliharaan bapanya sehingga putus.

Kejadian berlaku di Bachang, Melaka ketika bayi berkenaan dijaga ibu saudaranya di rumahnya itu.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris, bayi tersebut diletakkan di ruang tamu berdekatan pintu pagar oleh ibu saudaranya.

Tangan bayi putus digigit anjing

Niat ibu saudaranya membiarkan bayi itu terdedah dengan cahaya matahari kerana mahu mengurangkan gejala demam kuning yang dialami mangsa.

Bayi itu baru sahaja diberi susu oleh ibunya yang masih berpantang dan ditemani suami yang sedang berehat di tingkat atas rumah…

Ketika hendak memandikan bayi berkenaan, ibu saudara meletakkan bayi itu seperti biasa di atas bantal berdekatan pintu pagar yang ditutup rapat untuk dikenakan cahaya matahari…

Bayi nangis & berlumuran darah

Namun ketika Bayi itu ditinggal sendirian sementara ibu saudaranya sedang menyiapkan perkakasan mandi, anjing peliharaan keluarga itu secara tiba-tiba menyerang mangsa.

Dalam keadaan panik itu dia melihat anjing berkenaan menggigit tangan kanan bayi di luar pagar diikuti tangisan kuat bayi yang berlumuran darah…

Panik melihat keadaan bayi itu, ahli keluarganya bergegas mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) telah menangkap anjing jenis ‘plott hound’ yang didapati tidak diikat atau dikurung.

Anjing tersebut telah diserahkan pada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri untuk tindakan kuarantin selama dua minggu bagi memastikan tiada gejala penyakit anjing gila (rabies).

Tidak mempunyai lesen

Menurut laporan Astro Awani, bapa mangsa selaku pemilik anjing tersebut tidak mempunyai rekod pemilikan lesen anjing baka Jerman yang jarang dipelihara dan tidak boleh dilesenkan itu,

Mengulas lanjut ujarnya, pihaknya akan mengambil tindakan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Pelesenan Anjing yang mana sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

[fbcomments]