fbpx

Pelakon Bella Astilah, 29, telah memfailkan permohonan penceraian daripada suaminya iaitu Aliff Aziz, 33, di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada Isnin selepas pasangannya terpalit dengan isu berkhalwat bersama pelakon Ruhainies.

Bella Tuntut Cerai

Memetik laporan Berita Harian, difahamkan sebutan kali pertama berlangsung pada Rabu apabila Dayang Nabellah Awang Astillah yang gemar dipanggil sebagai Bella tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 12.40 tengah hari semalam, sambil ditemani ibu serta adiknya, Didi Astillah.

Walau bagaimanapun kelibat Aliff Aziz tidak kelihatan di kawasan berkenaan.

“Sebenarnya, saya fikir ini jalan terbaik untuk saya. Seperti mana semua tahu, kami pernah rujuk sebelum ini. Jadi, saya fikir, dengan memilih jalan masing-masing, ini mungkin yang terbaik untuk diri Aliff dan saya. Pada awalnya, dia bersetuju dan lagi-lagi pada Ramadan ini, saya mahu semuanya lancar… Itu sahaja,” katanya.

Aliff Tak Hadir Ke Mahkamah Atas Urusan Kerja

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Bella iaitu Azmi Mohd Rais memaklumkan bahawa Aliff tidak dapat hadir ke mahkamah atas urusan kerja dan prosiding akan diteruskan pada bulan depan.

“Hari ini adalah sebutan pertama bagi kes tuntutan cerai dengan kebenaran mahkamah. Kami sudah failkan kes ini, kelmarin, iaitu perceraian secara ekspres sebab kami dapat berita sebelum ini Aliff bersetuju.

“Tetapi hari ini Alif cakap dia tidak bersedia kerana ada penggambaran. Jadi, saya sudah mohon tarikh sebutan seterusnya untuk menyempurnakan serahan saman secara kendiri dan berbincang untuk menyelesaikan kes secara baik,” jelasnya.

Sebelum ini, Aliff Aziz dan Ruhainies telah ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah pada awal pagi. Mereka berdua telah ditahan Jawi, namun dibebaskan sementara atas faktor-faktor tertentu.

Untuk info, Aliff dan Bella pernah bercerai pada Mei 2019, namun mereka rujuk semula pada tahun sama ketika masih dalam tempoh edah.

Kredit: Berita Harian

[fbcomments]