fbpx

Seorang lelaki bertindak mengikat dan mencederakan isterinya sendiri selepas mendakwa wanita tersebut mempunyai hubungan bersama lelaki lain, dalam kejadian di Kampung Baru Alai baru-baru ini.

Dakwa Isteri Curang

Berdasarkan sumber yang dilihat dari Sinar Harian, difahamkan kejadian tersebut berlaku di Perak dan berpunca selepas suspek mengesyaki isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Suspek yang berusia 42 tahun itu dikatakan telah mengugut dan meletakkan pisau pada leher mangsa ketika dia sedang nyenyak tidur di dalam bilik sebelum bertindak mengikat tangan dan kaki mangsa menggunakan tali.

Suspek difahamkan berkelakuan sebegitu kerana mendakwa isterinya telah membawa masuk lelaki asing ke rumah untuk beraya semasa ketiadaannya.

Ugut Nak Bakar Mangsa Dan Rumah

Mengulas lanjut, suspek dikatakan enggan melepaskan mangsa meskipun isterinya menafikan dakwaan dan merayu agar dilepaskan. Namun pujukannya itdak diendahkan dan suspek mengugut mahu membakar mangsa dan rumahnya sekiranya tidak mengaku.

Mangsa akhirnya berjaya melepaskan diri selepas memberi alasan mahu ke bilik air dan segera lari dari rumah menggunakan kereta.

Mangsa yang berada dalam keadaan ketakutan bergegas ke Balai Polis Kampung Lalang untuk membuat laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Akibat daripada penderaan yang dialami, mangsa yang berusia 36 tahun yang juga merupakan seorang guru telah mengalami lebam di pergelangan tangan dan kaki, kesan diikat dengan tali dan luka di bahagian dada akibat cecair lilin.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Kredit: Sinar Harian

[fbcomments]