Jodoh dan ajal kesemuanya telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, tidak kira dengan siapa pun kita merancang, percaturan tuhan lebih baik. Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan seorang wanita warganergara Malaysia memutuskan untuk menikahi jejaka pilihannya yang merupakan warganegara Bangladesh.
Berkenalan Di Kilang
Menurut sumber yang dilihat dari Mstar, wanita yang dikenali sebagai Nur Nadhirah telah berkenalan dengan suaminya iaitu Mohammad Samim Hossain pada tahun 2018 apabila mereka berdua kerja bersama-sama di sebuah kilang.
“Kami kenal kat kilang Top Glove Klang. Saya supervisor staff. Dia supervisor worker. Jadi kami kenal pada waktu itu. Skop kerja kami kena jaga kebajikan pekerja. Jadi saya banyak berjumpa dengannya. Dia dah lima tahun datang Malaysia. Tiba-tiba jadi rapat sebab dia mula ajak keluar. Dulu dekat kilang saya tak ramai kawan dengan staf. Saya kawan dengan pekerja Bangladesh dan Nepal je waktu tu”, jelasnya kepada media.

Hubungan Diketahui Kakak
Menurut Nad lagi, hubungan beliau bersama lelaki Bangladesh tersebut akhirnya bertukar menjadi serius apabila hubungan mereka dapat dihidu dan diketahui oleh kakaknya sendiri yang turut bekerja di tempat yang sama. Pada awalnya, ibu Nad tidak merestui hubungan mereka berdua, namun lama-kelamaan keluarganya terbuka hari untuk menerima hubungannya bersama Samim.
“Makin lama, dia nak jumpa keluarga sebab dah kantoi dengan kakak. Kakak kerja sekali dekat Top Glove masa tu. Jadi, dia boleh cam adik dia bercinta dengan orang Bangladesh. Awal tu mak tak okay, biasa la mindset orang kita ni. Tapi ayah okay je dengan orang mana pun. Bila nak kahwin, terbalik pulak. Mak banyak tolong, ayah pula tak okay sebab nak kena pergi nikah di sana”, ujarnya lagi.
Nad menjelaskan bahawa pada awalnya plan asal sememangnya mahu dibuat di Malaysia, namun terpaksa dibatalkan. Mereka akhirnya bernikah di kampung belah lelaki dan beliau menceritakan bahawa majlis di sana lebih meriah berbanding di Malaysia.
Dapat Pandangan Positif Dari Netizen
“Saya pun tak pernah jangka sebab dulu mindset saya sama macam orang lain juga. Nampak Bangladesh ni lekeh. Ramai netizen support, tapi ada juga yang komen negatif, komen kata suami bau bawang la, tak mahu kat orang Melayu la. Ada yang saya buat taktahu. Kalau yang over tu saya terasa juga. Nasihat saya, kita ni sama saja tak kira bangsa. Kahwin sama Melayu pun boleh bercerai dan ada yang kena pukul. Tak semestinya kahwin dengan warga asing akan bercerai juga”, jelasnya lagi.
Walaupun mereka ini berbeza latar belakang namun mereka tidak mengalami masalah untuk berkomunikasi kerana bapa mentua dan abang ipar boleh bertutur dalam bahasa Melayu disebabkan mereka pernah bekerja di Malaysia. Pada pengakhiran kata, Nad sempat memberi kata-kata nasihat agar perkongsian videonya di TikTok dapat membuka mata orang ramai tentang warga Bangladesh kerana mereka tiddak seteruk seperti yang disangkakan.
Kredit:TikTok NurNadhirah, Mstar